Friday, August 10, 2012

Bantuan Ramadhan Diperlukan (zakat)

Assalamuailakum ,Tidak Kurang beberapa hari lagi semua umat islam akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri.Bulan Ramadhan yang penuh Keberkatan akan pergi meninggalkan kita semua. Disamping sibuk untuk meyediakan kelengkapan hari raya kadangkala kita terlupa bagi golongan yang kurang berkemampuan.Pengkalan Kubor-Kelantan,Kerjanya sebagai seorang pembantu rumah dan mendapat upah yang tidak seberapa untuk menanggung diri dan 5 orang anak nya yang masih dibangku sekolah.  Sakinah bt Abdul Razak,59 yang telah 4 tahun kehilangan suami tercinta dalam satu kemalangan yang meragut nyawa Mohd Jusoh Bin  Kechik.Sejak peristiwa yang menyayat hati itu berlaku Sakinah terpaksa memikul semua beban dan tanggungjawab itu demi membesarkan anak-anak nya yang masih kecil. Kadangkala beliau terpaksa mengikat perut kerana tiada apa-apa untuk dimakan.Disamping mengambil upah sebagai pembantu rumah,namun kadang kala beliau terpaksa mengutip tin-tin dan kotak-kotak dijalanan untuk dijual.Kita semua seharusnya tidak leka dan terlalu gembira pada hari Raya yang akan tiba nanti kerana disamping gelak dan tawa kita,kita terlupa kepada insan yang berada dalam kesulitan dan kesedihan. Saya berharap kepada sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan kepada Puan sakinah,boleh lah mengeluarkan zakat kepada : Sakinah Bt Abdul Razak-0311929000079163-BANK SIMPANAN NASIONAL Walaupun anda mengeluarkan RM5 mungkin esok lusa Allah akan melipat gandakan rezeki anda, Wallahualam.

No comments:

Post a Comment